Posts

Hotel review: Maruka Ryokan, Yudanaka

Image
Assalamualaikum...Wah dah bulan September. Last update blog bulan January.. hikhik. Lama blog ni terbiar. Cerita winter trip ke Jepun pun lama tergantung..

Kali ni nak cerita pasal ryokan (Japanese traditional inn) yang kitaorang stay di Yudanaka. Tak sempat nak cerita pasal trip, kita cerita pasal lain dulu ye.

Tujuan nak ke Yudanaka sebab nak ke Jigokudani Snow Monkey Park. Alang-alang dah sampai sini nak lah juga bermalam di salah satu ryokan kat sini. Saja nak merasa tidur di ryokan kat Jepun ni. Lepas puas mencari akhirnya Maruka Ryokan yang jadi pilihan. Sebab utama aku pilih ryokan ni adalah sebab ini yang paling murah. Hahaha. Harga 12,150 yen per room untuk satu malam. Booked dari booking.com

Tapi murah bukan sebarang murah. Walaupun murah, layanan yang diaorang bagi memang terbaik. Ryokan ni besar. Ada 3 tingkat kalau tak silap aku. Kitaorang booked satu bilik untuk 3 orang. Bilik agak besar untuk 3 orang.

Toilet ada 2 jenis. Jenis traditional dengan moden. Toilet pulak deka…

Japan Winter Trip: Total expenses

Image
Assalamualaikum...Alhamdulillah selamat sampai Malaysia malam semalam. Malaysia sangat panas! hahaa..
Sebelum buka kisah trip ke Jepun, ada baiknya aku bentangkan belanjawan dulu. Bukan apa, takut nanti tah bila kisah Jepun ni nak habis jenuh lah nak tunggu pasal budget kalau letak kat hujung cerita. Maka inilah budget trip winter ke Jepun hari tu. 
Based on exhange rate - 100 yen = MYR 3.710 (nangis dalam hati tengok rate mahal cam ni..huhu)
Tempat yang sempat kitaorang pergi dalam trip ni : Tokyo-Sapporo-Hakodate-Kyoto-Takayama-Shirakawago-Yudanaka. 
Accommodation
Dua malam di Sapporo kitaorang tumpang tidur kat rumah Malaysian yang baik hati sudi tumpangkan kitaorang. Malam last tidur di Narita Airport sebab flight balik awal pagi+sayang duit.bahaha. 
Tokyo - Khaosan Original (female dorm) Total 2 nights 13,200 yenHakodate - Smile Hotel (3 bed room) Total 1 night 7,500 yenKyoto - Hostel Haruya Aqua (3 bed room) Total 2 nights 14,040 yenTakayama - Hostel J Hoppers (female dorm) T…

Selamat Tahun Baru 2016 & Jepun.....aku datang lagi !!

Image

Bangkok trip: Teksi

Assalamualaikum. Kali ni aku nak cerita pasal trip ke Bangkok. Dah lama dah trip ni, bulan 12 last year. Tapi aku nak cerita pasal pengalaman naik teksi kat Bangkok je.

Disebabkan kitaorang book hotel last minit (beberapa hari sebelum trip), banyak hotel yang dah penuh. Tak ada pilihan, terpaksa book hotel yang agak jauh dari central. Makanya, nak keluar ke tempat-tempat lain terpaksalah kitaorang naik teksi. Boleh je nak naik bas ke train station tapi kitaorang malas. Hehe. Naik teksi senang sikit  Tak ada lah mahal sangat pun, dalam 50 ke 80 bath (dalam rm5 -rm8 duit kita) ke MBK. Hari-hari stop kat MBK sebab tu station paling dekat dengan hotel. Lagipun nak makan kat sana. Macam-macam ragam pemandu teksi kitaorang jumpa sepanjang trip ni. Ada yang baik, ada yang macam hampeh, ada yang penipu. Macam-macam lagi lah. Ni nak cerita ni, antara jenis-jenis pemandu teksi yang kitaorang jumpa:

1) The first taxi
Masa ni kitaorang baru sampai dari Ayuttahaya. Dari Hua Lamphong station …

Yokoso Japan: Day 9 Osaka

Image
Last entry pasal Jepun. Malas dah nak cerita panjang-panjang.

Pagi ni check out dari Kyoto K's House dan terus ke Osaka. Pergi kaunter nak check out. Rasa terharu dengan layanan staff kat hostel ni. Berkali-kali diaorang ucap terima kasih siap tunduk lagi. Lepas tu tambah lagi terharu sebab diaorag siap hantar sampai ke luar bangunan dan tunggu sampai dah jauh baru masuk balik. Oh my...rindu kat Jepun..

Kat Osaka dah booked Hotel Toyo kat area Shinimamiya. Kali ni aku book single room sebab senang nak kemas barang. Aku stay kat sini sebab flight aku esok dari Kansai Airport. Lagipun esok aku dah tak boleh guna JR pass lagi. Duit yen pun dah makin susut. So, disebabkan Shinimamiya ni ada direct train pergi Airport, tu yang aku stay sini.

Destinati pertama lepas sampai Osaka - Pergi Osaka Castle. Naik train kat Shinimamiya station sampai Osakajokoen station. Dari station ni dah boleh nampak Osaka Castle kat atas bukit. Tapi.....jangan duk berangan lah. Jauh lagi nak sampai sana. Pe…